lalalagu ;)


June 22, 2010

rindu makkah :(



aku rindu makkah
sungguh aku tenang di sana
aku rindukan ketenangan itu

ya Allah, Kau berilah ketenangan kepadaku
agar aku boleh menjalani kehidupanku dengan lebih baik
agar aku boleh belajar dengan tenang
agar aku boleh mendapat keputusan yang baik
dan menggembirakan kedua ibu bapaku
ya Allah,
mereka sudah banyak bersusah payah untuk melihat ku berjaya
aku tidak mahu mereka hampa dengan melihat keputusanku
yang tak seberapa
aku mahu menyenangkan hati mereka
bantulah aku ya Allah
sesungguhnya Kau lahh yang Maha Berkuasa
aku mohon padaMu ya Allah
aku memohon pertolongan dariMu yang Maha Esa
perkenankanlah doa ku ya Allah
aminnnnnn

di madinah al munawarah :)



aku rinduu saat ini
ingin aku jejakkan kaki ke rumah Mu ya Allah
aku rindu sangat sangat ya Allah 
:(


ya Allah
Kau kurniakan lah rezeki kepada kami sekeluarga
agar kami sekeluarga dapat berkunjung lagi ke sana
untuk menunaikan ibadat haji pula
sesungguhnya aku rinduu ketenangan di sana
itulah ketenangan yang aku cari selama ini
ade di sana.....




aku jeles bile jumpe bella
sebab dea g umrah cuti hari tuh
aku asek nanges teringatkan mase aku kat sane
alangkah untungnya dea
semoga aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm
boleh lah aku request nak g sini lagi
semoga tercapai hasratku
aminnn ya rabbal alamin





lavenderever